Apple Mengambil Alih Firma Sistem Pengenalan Wajah RealFace

Apple Mengambil Alih Firma Sistem Pengenalan Wajah RealFace

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Sistem biometri yang paling popular digunakan pada peranti pintar sekarang ialah pengimbas cap jari. Ia kini boleh ditemui pada peranti utama sehinggalah peranti kelas permulaan. Bagi mereka yang mementingkan privasi, pengimbas cap jari dari menghalang peranti diakses tanpa kebenaran. Sistem imbasan wajah kini mula menggantikan imbasan cap jari kerana dikatakan lebih sukar dipintas.

Lumia 950XL dan Galaxy Note 7 ialah dua peranti dengan sistem imbasan wajah. Apple mungkin mempunyai perancangan untuk menggunakan sistem yang sama pada peranti-peranti mereka di masa hadapan. Ini adalah kerana mereka baru sahaja mengambil alih firman sistem pengenalan wajah RealFace. RealFace ialah syarikat yang berpangkalan di Israel. Teknologi pengenalan wajah mereka berfungsi lebih pantas berbanding sistem pengenalan wajah yang pernah kami lihat sebelum ini. Ia juga hanya memerlukan satu kamera sahaja tidak seperti Windows Hello.

Apple biasanya mengambil masa beberapa tahun sebelum memperkenalkan teknologi baru pada produk mereka. Maka kebarangkalian RealFace digunakan dengan segera pada iPhone ataupun MacBook adalah agak rendah.


TIPS & ULASAN