Adakah Samsung Galaxy S8 Akan Berharga Lebih Tinggi Berbanding Sebelum Ini?

Adakah Samsung Galaxy S8 Akan Berharga Lebih Tinggi Berbanding Sebelum Ini?

Diterbitkan pada Feb 21, 2017 oleh .

Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy S8 pada 29 Mac kelak, dan seperti biasa, sejumlah perkara mengenainya telah tertiris ke arena web, termasuk rekaan peranti berkenaan. Terkini, desas-desus baru hadir mengenai harga peranti berkenaan.

Menurut beberapa ura-ura di arena internet, Samsung Galaxy S8 dijangka akan sedikit mahal berbanding dengan versi sebelum ini.

Antara faktor yang dikatakan adalah termasuk penggunaan skrin melengkung, harga komponen yang meningkat, termasuk cip memori, storan dan paparan AMOLED.

Menurut desas-desus, harga di Amerika Syarikat dikatakan mungkin mencapai sehingga $950 (~RM4235). Apa pun, besar kemungkinan tanda harga untuk pasaran tempatan mempunyai perbezaan yang ketara – dan mungkin sekitar RM3000 seperti sebelum ini.

Memandangkan mata wang tempatan sendiri telah mengalami penurunan sejak peranti Samsung terakhir diperkenalkan, mungkinkah kita akan melihat Samsung membuat peningkatan harga pada peranti, atau kekal dengan harga lama? Sebelum ini, Samsung telah mengekalkan harga Galaxy S6 Edge dan Galaxy S7 Edge pada harga RM3099, sementara untuk model biasa, Galaxy S6 berharga RM2599 ketika pengenalan, sementara Galaxy S7 berharga RM2699.


TIPS & ULASAN