Hololens Generasi Seterusnya Dilaporkan Akan Hadir Hanya Pada 2019

Hololens Generasi Seterusnya Dilaporkan Akan Hadir Hanya Pada 2019

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Microsoft sedia mencuri perhatian ramai pengguna dan pembangun seluruh dunia melalui peranti gabungan realiti dan maya mereka, dinamakan sebagai Hololens. Ia telah diperkenalkan secara rasminya pada 2015 lepas, dan sehingga kini, ia lebih memfokuskan kepada pembangun dan juga perusahaan.

Terkini, ia dilaporkan yang mana Microsoft sedang menyusun kembali latar pembangunan untuk Hololens. Ia dikatakan Microsoft telah menghentikan pembangunan versi kedua, dan sebaliknya kini telah lebih memfokuskan kepada versi seterusnya. Walaubagaimanapun, ini hanya untuk pembangunan dalaman sahaja, dan berkemungkinan ia akan dipasarkan sebagai generasi kedua ketika dipasarkan kelak.

Microsoft dikatakan melakukan perkara ini dalam membawa lebih banyak ciri dan inovasi baru pada Hololens – sekaligus memberikan mereka kelebihan berbanding dengan pesaing lain.

Apa pun, ia dikatakan kemaskini untuk Hololens ini hanya dijangka hadir sekitar 2019 kelak sahaja.

Seperti biasa, arena realiti-gabungan ini masih pada peringkat awal lagi, dan ramai pihak membuat pelaburan ke arena berkenaan. Microsoft nampaknya ingin berada dihadapan mereka semua dengan menawarkan inovasi yang serba canggih dan tidak hanya hadir dengan kemaskini kecil semata-mata melalui Hololens.


TIPS & ULASAN