Cari @ Amanz

Dah Makan merupakan salah satu syarikat tempatan yang mengintegrasikan kelebihan teknologi dalam memproses tempahan makanan. Ia telah beroperasi sejak 2014 lepas, dimana Dah Makan mengambil tempahan makanan, dan kemudian mereka akan memasak dan menghantar kepada lokasi sekitar Lembah Klang.

Ia telah hadir dengan fokus terhadap makanan yang sihat, dan sejak daripada pengenalan, kini ia dikatakan memproses sekitar 1000 tempahan setiap hari.

Terkini, Dah Makan dilihat telah menerima suntikan dana bernilai $1.3 juta (~RM5.8 juta). Wang yang diterima ini dikatakan bakal digunakan dalam membangunkan pasukan sebalik Dah Makan, selain turut memasuki pasaran baru.

Ia dikatakan Dah Makan tiada perancangan untuk memperluaskan sekitar Malaysia buat masa ini, sebaliknya mungkin menuju ke negara luar. Ini mungkin kerana mereka lebih menyasarkan kepada bandar-bandar utama yang lebih terbuka dalam membuat tempahan makanan melalui aplikasi atau web.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd