Samsung Mungkin Hadir Dengan Peranti Windows 10 Dinamakan Samsung Galaxy Book

Samsung Mungkin Hadir Dengan Peranti Windows 10 Dinamakan Samsung Galaxy Book

Diterbitkan pada Feb 20, 2017 oleh .

Samsung pada tahun lepas telah hadir dengan komputer dua-dalam-satu berasaskan sistem operasi Windows 10, dinamakan sebagai Galaxy TabPro. Desas-desus mengenai kemaskini untuknya telah kedengaran sebelum ini, dan kini info baru hadir memperlihatkan Samsung mungkin akan hadir dengan suatu peranti yang dinamakan Galaxy Book.

Info ini hadir melalui sebuah aplikasi Windows 10 yang telah diterbitkan oleh Samsung pada Windows Store, dinamakan sebagai “Book Settings” dan dikatakan sebagai aplikasi khusus untuk Galaxy Book.

Seperti ramai sedia maklum, peranti berkenaan masih tidak diumumkan lagi – dan memandangkan Samsung telah menerbitkan ia pada Windows Store seminggu sebelum Mobile World Congress, ia seperti memberikan petanda Samsung akan mengumumkannya ketika acara MWC kelak.

Jadi, mungkinkah kita akan melihat Galaxy Book ini diumumkan bersama-sama pengenalan Galaxy Tab S3 kelak?


TIPS & ULASAN