Ketika sesuatu fail atau data dipadam pada komputer, kebiasaannya, sistem hanya memadam informasi berkaitan lokasi – tetapi data berkaitan masih kekal pada komputer sehinggalah ia digantikan dengan fail atau data lain dengan menulis di atasnya. Disebabkan oleh perkara ini, adakalanya anda boleh mendapatkan beberapa fail atau data yang dipadam secara tidak sengaja menggunakan perisian seperti Recuva dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, ada kalanya anda ingin memadamkan sesuatu dokumen secara kekal supaya ia tidak boleh didapatkan kembali.
Untuk tujuan berkenaan, salah satu perisian yang mungkin membantu anda adalah Permadelete. Melalui Permadelete, ia akan memadam dokumen atau fail anda, dan seterusnya akan menggantikan “lokasi” data berkenaan dengan data kosong. Ini sekaligus membolehkan ia memadam data berkenaan secara menyeluruh, dan tidak boleh didapati kembali – sangat berguna sekiranya anda ingin memadam sesuatu data peribadi yang sangat sensitif.
Permadelete ini ditawarkan untuk Windows, dan ia memerlukan .NET Framework 4.5 untuk beroperasi. Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri perisian ini dalam memadam fail anda secara kekal selamanya.
- Muat-Turun Permadelete untuk Windows