Telegram Membawakan Sokongan Tema Untuk Pengguna Android

Telegram Membawakan Sokongan Tema Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Feb 21, 2017 oleh .

Telegram Messenger sebelum ini telah hadir dengan sokongan tema pada perisian desktop mereka, dan hari ini mereka turut memperluaskan sokongan tema pada aplikasi Android.

Melalui sokongan tema, ia membolehkan pengguna mengubah latar perkhidmatan permesejan berkenaan sesuai dengan apa yang digemari mereka.

Telegram Themes

Pengguna boleh membuat tema mereka tersendiri. Tetapi, bersempena dengan pengenalan ini, pihak Telegram turut menyertakan sokongan tema dalam warna hitam dan juga biru secara terbina.

Pengguna hanya perlu membuka aplikasi Telegram, memilih Settings > Themes untuk mula memilih tema yang digemari anda. Telegram mengatakan sokongan serupa untuk iOS bakal hadir dalam beberapa minggu lagi.


TIPS & ULASAN