NASA merupakan salah satu badan yang memfokuskan kepada eksplorasi angkasa lepas dan penemuan pelbagai perkara baru. Terkini, melalui laman rasmi NASA, mereka mengatakan bakal berkongsi beberapa penemuan baru berkaitan dengan sesuatu di luar sistem solar kita pada minggu ini.
NASA mengatakan akan mengumumkannya secara rasmi pada 22 Februari ini (23 Februari waktu Malaysia). Menurut NASA, mereka akan berkongsi penemuan baru berkaitan dengan planet yang mengorbit bintang selain daripada matahari kita, atau apa yang dipanggil sebagai exoplanet.
Seperti biasa, NASA akan membuat siaran langsung mengenai penemuan baru ini, selain turut berkongsi info melalui laman Nature dan juga Reddit.