Cari @ Amanz

Samsung dijangka akan melancarkan model terbaru Gear VR untuk Samsung Galaxy S8 dan S8+ kelak. Kini kedengaran ura-ura peranti realiti maya ini akan hadir sebuah pengawal permainan terbina. Ini sama seperti yang dilakukan oleh Google dengan Daydream.

Alat kawalan ini mempunyai satu tombol digital dan empat butang kawalan. Apabila tidak digunakan, ia boleh disimpan terus pada bahagian hadapan Gear VR.  Sebelum ini alat kawalan permainan Bluetooth perlu dibeli secara berasingan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd