Cari @ Amanz

KasperskyOSKaspersky merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena sekuriti. Terkini, mereka telah memperkenalkan sebuah sistem operasi khusus untuk peranti berhubung, dinamakan sebagai KasperskyOS.

Kaspersky mengatakan mereka telah membangunkan sistem operasi ini sejak sekitar 14 tahun lepas. Melaluinya, Kaspersky mengatakan ia menawarkan perlindungan tambahan untuk pelbagai sistem data dan mengelak daripada digodam. Ia juga fleksibel, membolehkan pembangun mengintegrasikan atau membangunkan pelbagai perkara menggunakannya.

Antara penggunaan KasperskyOS ini adalah untuk kenderaan berhubung, peralatan telekomunikasi, penggunaan dalam industri, IoT, dan sebagainya. Ia boleh dijalankan pada Intel x86, x64 ataupun ARMv7.

Bagi anda yang terlibat dalam arena pembangunan sistem berhubung, mungkin boleh menyemak KasperskyOS ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd