Cari @ Amanz

Penggunaan robot menyebabkan manusia kehilangan kerja di kilang dan pejabat. Di medan perang ia turut akan menggantikan tugas askar untuk menentang musuh negara. Pengguna dron di dalam industri ketenteraan sudah tidak dapat dibendung lagi dan di pameran IDEX 2017 Fantom, kenderaan darat tanpa pemandu anti kereta kebal diperlihatkan.

Fantom yang dibangunkan oleh firma SpetsTechnoExport yang berpangkalan di Ukraine dilengkapi empat pelancar roket anti kereta kebal. Ini membolehkannya menyerang kereta kebal musuh dari jarak di antara 100 sehingga 5000 meter. Kenderaan darat tanpa pemandu ini dilengkapi enam tayar yang membolehkannya beroperasi di atas pelbagai permukaan bumi.

Selain pelancar roket, Fantom turut dilengkapi mesingan 12.7 mm untuk serangan ke atas infantri. Jarak operasi kawalan jauh kenderaan darat tanpa pemandu ini ialah sehingga 10 kilometer secara tanpa wayar atau 5 Kilometer menerusi kabel gentian optik.

Fantom bukanlah kenderaan pertama di dalam kelasnya. Israel mempunyai Guardium manakala Singapura mempunyai THeMIS yang mempunyai kemampuan medan perang yang setanding.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd