Pembangun Didi & Friends Bakal Hadir Dengan Siri Animasi Baru – Omar & Hana

Pembangun Didi & Friends Bakal Hadir Dengan Siri Animasi Baru – Omar & Hana

Diterbitkan pada Feb 21, 2017 oleh .

Omar HanaDidi & Friends kini telah menjadi salah satu kandungan multimedia kreatif yang popular dikalangan pengguna tempatan – terutamanya untuk kanak-kanak, dan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Terkini, selain daripada Didi & Friends, pembangun disebaliknya, iaitu Digital Durian turut bakal hadir dengan siri animasi baru, dinamakan sebagai Omar & Hana.

Melalui Omar & Hana, ia akan memfokuskan kepada kandungan Islamik, termasuk membolehkan anak kecil dan seisi keluarga untuk belajar sambil bermain dan menyanyi.

Digital Durian turut dijangka akan menerbitkan kandungan Omar & Hana ini di YouTube bagi membolehkan pengguna seluruh dunia mengaksesnya.

Buat masa ini, tarikh pasti untuknya tidak diketahui lagi. Memandangkan mereka telah hadir dengan beberapa teaser baru, maka mungkin kita akan melihatnya diterbitkan dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN