Cari @ Amanz

Generasi pertama komputer riba HP Spectre x360 merupakan salah sebuah komputer riba yang paling nipis di dalam industri. Ia gabungkan rekabentuk yang sangat menggoda, selain menawarkan prestasi yang sangat pantas.

Seperti ramai sedia maklum, HP sebelum ini telah mula menjualnya sejak daripada bulan Disember 2016 lepas, dan melalui acara hari ini, HP lebih kepada melancarkannya secara rasmi kepada media. Apa pun, berbeza dengan sebelum ini, kini HP Malaysia telah mempertingkatkan harga jualan model asas HP Spectre x360 daripada RM4999 sebelum ini kepada harga baru RM5199.

HP Spectre x360

Dua model HP Spectre x360 diperkenalkan, iaitu 13-w006TU dan 13-w007TU. Kedua-dua model ini hadir dengan skrin paparan bersaiz 13.3 inci, dengan resolusi Full HD 1920×1080 pixel. Bukan itu sahaja, kedua-dua Spectre x360 yang baru ini juga mempunyai memori 8GB RAM DDR4 dan menggunakan storan m.2 SSD bersaiz 256GB. Model HP Spectre x360 13-w006TU menggunakan cip pemprosesan Intel Cire i5-7200U, manakala model 13-w007TU menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7-7500U.

HP juga menyatakan bahawa jangka-hayat bateri Spectre x360 generasi kedua ini mampu bertahan sehingga 15 jam dalam satu pengecasan penuh. Apabila ia perlu dicas, ia juga mampu mengecas sehingga 90 peratus penuh dalam masa 90 minit.

HP Spectre x360

HP mengatakan harga Spectre x360 ini telah dipertingkatkan kerana kadar tukaran mata wang. Buat masa ini, harga Spectre x360 HP Spectre x360 13-w006TU,dengan CPU Intel Core i5 ditetapkan pada RM5199, manakala HP Spectre x360 13-w007TU, dengan CPU Intel Core i7 ditetapkan pada RM5999.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd