Cari @ Amanz

Honor hari ini telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar berkuasa tinggi dibawah penawaran mereka, iaitu Honor V9. Peranti ini menyertakan pelbagai ciri-ciri terkini, termasuk cip pemprosesan Kirin 960 seumpama pada Mate 9, selain turut dilengkapi memori 6GB RAM.

Honor V9 ini menyertakan skrin 5.7-inci dengan paparan 2K, dilengkapi bateri berkapasiti 4000mAh, serta menggunakan dwi-kamera 12-megapixel pada bahagian hadapan.

Honor V9

Honor V9 ini dilihat hadir dengan rekaan yang nipis, dan ditawarkan dalam pilihan warna merah, biru, hitam dan emas. Penyertaan skrin pada resolusi 2K turut membuatkan ia mesra untuk digunakan sebagai peranti realiti-maya.

Melengkapkan telefon pintar ini adalah sistem operasi Android 7.0 Nougat dengan antaramuka EMUI 5.0 yang turut menyertakan sokongan pembelajaran mesin dalam mengoptimasikan peranti.

Honor V9

Honor V9 juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, selain integrasi Huawei Pay untuk digunakan di China.

Buat masa ini, Huawei V9 hanya untuk pasaran di China sahaja, dan tidak diketahui sama ada akan ditawarkan untuk pasaran global atau sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd