Apple Mungkin Menyertakan Kamera Hadapan Dengan Fungsi Pengecaman Wajah 3D Pada iPhone 8

Apple Mungkin Menyertakan Kamera Hadapan Dengan Fungsi Pengecaman Wajah 3D Pada iPhone 8

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

Apple dijangka memperkenalkan iPhone 8 sekitar bulan September atau Oktober 2017 kelak. Walaubagaimanapun, pelbagai info mengenai iPhone bersempena ulang-tahun ke-10 Apple telah tertiris sejak beberapa minggu yang lepas.

Terkini, melalui laporan penganalisa KGI Ming-Chi Kuo, ia dikatakan Apple mungkin menyertakan sokongan kamera hadapan dengan fungsi pengecaman wajah 3D pada iPhone 8 – atau iPhone yang menyertakan skrin OLED pada tahun 2017 ini.

Kamera ini dijangka membolehkan mendapatkan maklumat tambahan mengenai wajah pengguna – sekaligus membolehkan ia digunakan untuk fungsi pengecaman wajah, pengenal-pastian iris untuk sekuriti, atau rakaman selfie 3D. Ia juga boleh digunakan untuk menghasilkan avatar dalam permainan – lebih kurang seperti yang digunakan pada Kinect.

Sebelum ini, ia telah sedia diperkatakan yang mana iPhone 8 ini akan turut menyertakan sokongan pengecasan tanpa wayar, selain berharga lebih tinggi berbanding iPhone sedia ada lain di pasaran.


TIPS & ULASAN