Selepas Fallout Shelter, Kini Bethesda Sedang Membangunkan Suatu Permua Baru Yang Unik

Selepas Fallout Shelter, Kini Bethesda Sedang Membangunkan Suatu Permua Baru Yang Unik

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

Bethesda sebelum ini telah hadir dengan permua Fallout Shelter yang menerima pelbagai maklumbalas positif melalui permainan yang dioptimasikan untuk peranti mudah-alih, selain ciri permainan yang unik. Kini, bergerak ke tahun baru, Bethesda dilihat akan hadir dengan sebuah lagi permua baru yang mempunyai ciri keunikkan tersendiri.

Fallout Shelter

Fallout Shelter sebelum ini telah dimainkan oleh sekitar 75 juta pemain, dan semestinya Bethesda ingin mengulangi kejayaan berkenaan. Menurut mereka, permua baru ini tidak akan menyerupai sebarang permainan lain, dan akan menawarkan “stail” tersendiri.

Selain satu permua, pihak Bethesda juga sedang dua lagi permainan video lain.


TIPS & ULASAN