Cari @ Amanz

Pada Julai 2016, Verizon mengesahkan pembelian Yahoo! pada harga $4.83 Billion (~RM 21.53 Billion). Hari ini terma dan harga jualan Yahoo! dipinda dan ia diturunkan ke $4.48 Billion (~RM 19,97 Billion) iaitu pengurangan sebanyak $350 Juta (~RM 1.56 Billion). Pengurangan ini adalah kerana kecurian data pengguna akibat serangan penggodam.

Pihak Verizon dan Yahoo! bersetuju untuk berkongsi kos guaman dan liabiliti yang terbit kesan daripada kecurian data pengguna ini. Apa yang boleh dipelajari dari insiden godaman Yahoo! ialah betapa tingginya nilai privasi data pengguna. Apabila kepercayaan hilang ia akan mendatangkan kesan yang tinggi bukan sahaja ke atas nama syarikat tetapi juga pada nilai syarikat itu sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd