Meitu T8 Dilancarkan – Menggunakan Kamera Duo-Pixel Dengan OIS Pada Bahagian Hadapan

Meitu T8 Dilancarkan – Menggunakan Kamera Duo-Pixel Dengan OIS Pada Bahagian Hadapan

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

Rasanya ramai pengguna peranti kini menyedari Megapixel yang besar tidak menjamin kualiti gambar yang tinggi. Jenis sensor, lensa, sistem penstabilan imej dan perisian yang digunakan lebih memberikan kesan kepada gambar yang diambil. Meitu, syarikat yang lebih dikenali sebagai pembangun aplikasi selfie yang diragui tahap privasinya kini melancarkan peranti pintar mereka sendiri.

Bagi memastikan kualiti selfie yang tinggi, Meitu T8 dilengkapi kamera hadapan 12-Megapixel f/1.8 OIS dengan teknologi duo-pixel yang ditemui pada kamera utama Samsung Galaxy S7 Edge. Spesifikasi lain peranti ini ialah skrin 5.2″ AMOLED HD penuh, pemproses 2.3 GHz MediaTek Helio X30, RAM sebesar 4 Gigabyte, storan 128 Gigabyte, bateri sebesar 2480 mAh dan kamera belakang sebesar 21-Megapixel. Sistem operasi MEIOS 3.5 yang berasakan Android Marshmallow digunakan.

Meitu T8 akan hanya dijual untuk pasaran China sahaja buat masa ini sebelum ditawarkan di Hongkong, Macau dan Taiwan. Harga jualan ialah RMB 3299 (~RM 2140) sebuah. Dari segi rekaan ia diperbuat sepenuhnya daripada logam dengan tubuh bersegi enam (hexagon) yang kelihatan unik. Ia mengingatkan kami kepada peranti KeeCoo K1 yang dilancarkan Julai tahun lalu khas untuk golongan wanita.

 


TIPS & ULASAN