Cari @ Amanz

Samsung Galaxy Tab S3 akan dilancarkan di MWC hujung minggu ini. Pelbagai maklumat mengenainya telahpun tertiris termasuk beberapa helai mukasurat dari panduan rasmi. Hari ini gambar aksesori papan kekunci fizikalnya pula tertiris sekali lagi dari raja tiris @eveleaks.

Papan kekunci ini nampaknya diperbuat sepenuhnya dari bahan plastik dengan kekunci dari jenis chicklet. Sambungan kepada Tab S3 adalah secara magnetik. Ini ketahui melalui panduan yang tertiris sebelum ini. Bagi mereka yang kerap menaip menggunakan tablet ini pastinya aksesori yang harus dimiliki.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd