Tujuh Lagi Peranti Samsung Ditambah Ke Dalam Senarai Menerima Kemas Kini Android Nougat

Tujuh Lagi Peranti Samsung Ditambah Ke Dalam Senarai Menerima Kemas Kini Android Nougat

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

Bulan Januari lalu senarai rasmi 14 peranti yang akan menerima kemas kini Android Nougat dikongsi oleh pihak Samsung. Hari ini senarai baru telah diumumkan oleh Samsung Turki yang menambah beberapa lagi peranti ke dalam senarai ini.

Peranti Galaxy J7, J7 Prime, J5, J5 2016, On 7, Tab A 10.1″ dan Tab A 10.1″ dengan stylus kini dimasukkan ke dalam senarai rasmi. Selain itu tarikh sasaran ia akan mula diterima peranti serta sokongan paparan Always On Display turut diberikan. Berita baik di sini ialah peranti kelas permulaan seperti J7 tidak dilupakan Samsung, Berita buruknya ialah kemas kini ada yang hanya akan tiba pada bulan November,


TIPS & ULASAN