Cari @ Amanz

Humble Bundle datang lagi seperti jajan kegemaran Tora! Kali ini dengan penawaran koleksi permainan Sid Meier Civilization pada harga sangat rendah. Pengguna boleh memiliki koleksi Civilization III dan Civilization IV The Complete Collection pada harga hanya $1 (~RM 4.46).

 

Kepada yang mahukan lebih banyak oomph dengan wang yang dibelanjakan, Sid Meier’s Civilization V ,Civilization V: Brave New World, Civilization V: Gods & Kings, Civilization V DLC serta potongan 20% untuk Civilisation VI boleh dimiliki pada harga $.7.89 (~RM 35). Akhir sekali dengan pembayaran $15  Sid Meier’s Civilization: Beyond Earth, Civilization: Beyond Earth – Exoplanets Map Pack dan Civilization: Beyond Earth – Rising juga boleh dimiliki. Tawaran akan berakhir dalam masa 13 hari.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd