Qualcomm Mengumumkan Cipset Modem Gigabit Snapdragon X20

Qualcomm Mengumumkan Cipset Modem Gigabit Snapdragon X20

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

Teknologi telekomunikasi 5G mungkin tidak akan hadir untuk beberapa tahun lagi di Malaysia, akan tetapi, terdapat pelbagai syarikat yang sedang mencorak langkah ke arah piawaian teknologi telekomunikasi mudah-alih tersebut.

Salah satu syarikat tersebut ialah Qualcomm, yang baru sahaja mengumumkan cipset modem gigabitQualcomm Snapdragon X20, yang bakal digunakan dalam peranti-peranti mudah-alih di masa hadapan. Menurut Qualcomm, modem ini mempunyai kelajuan seakan-akan sambungan gentian fiber, dan mampu memuat-turun data selaju 1.2Gbps (120MB/s).

Modem Snapdragon X20 ini juga merupakan modem pertama yang akan menyokong kelajuan muat-turun LTE Category 18, dikatakan 20 peratus lebih laju daripada pendahulunya, modem Snapdragon X16.


TIPS & ULASAN