Cari @ Amanz

Huawei Nova Lite akhirnya dilancarkan  secara rasmi di Jepun. Seperti maklumat yang tertiris sebelum ini, Nova Lite hanyalah sebuah Honor 8 Lite/Huawei P8 Lite yang dijenamakan semula.

Huawei Nova Lite dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan HD penuh, cip Kirin 655, memori 3GB RAM, ruangan storan 16GB, serta sokongan kad mikro-SD. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel. Peranti ini turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari, serta bateri 3000mAh.

Honor 8 Lite hadir terbina menggunakan Android 7.0 Nougat, serta antaramuka EMUI 5.0. Ia akan mula dijual pada 24 Februari hadapan tetapi harga masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd