Cari @ Amanz

Jika anda sangkakan PC anda yang tercanggih dan termahal, maka fikirlah kembali. Ini kerana Intel baru sahaja mengumumkan CPU mereka yang terbaru, dan anda akan bakal membeliakkan biji mata anda berkali-kali.

Cip pemprosesan terbaru ini adalah Intel Xeon E7-8894, dan ia berasaskan kepada cipset Broadwell-EX XCC (Extreme Core Count) – mempunyai 24 teras dan 48 bebenang, serta kelajuan pada 2.4GHz, atau kelajuan Turbo Clock pada 4.4GHz.

Seperti CPU Broadwell-EX XCC yang lain, ia mempunyai sokongan quad-channel DRAM untuk memori DDR3 dan juga DDR4. Cip ini mampu menyokong RAM sebanyak 3TB untuk setiap soket. CPU ini juga dilengkapi dengan 32 jaluran PCIe 3.0, yang membolehkannya menggunakan beberapa teknologi seperti sokongan multi-GPU dan RAID secara serentak.

CPU ini bakal hadir dengan tanda harga RM39000, dan ini kerana ia akan digunakan untuk tugas-tugas misi kritikal, seperti analisa Big Data, pemprosesan bisnes, pengurusan database dan sebagainya, yang amat diperlukan oleh syarikat-syarikat yang besar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd