Cari @ Amanz

Versi “Lite” untuk sesuatu aplikasi adalah versi aplikasi yang biasanya dikhususkan kepada negara-negara membangun. Sebelum ini kita telah melihat beberapa aplikasi versi “Lite” diperkenalkan, dan kini Microsoft turut hadir dengan aplikasi Skype Lite untuk pasaran negara membangun.

Skype Lite

Microsoft mengatakan Skype Lite ini dioptimasikan untuk rangkaian 2G dan kurang stabil, selain turut menggunakan bateri yang rendah. Aplikasi ini juga mesra peranti berspesifikasi rendah, selain menggunakan data yang sedikit berbanding versi biasa.

Buat masa ini, Skype Lite hanya ditawarkan untuk pasaran di India sahaja. Ia tidak diketahui lagi sama ada aplikasi ini akan diperluaskan ke negara luar India ataupun sebaliknya, tetapi tidak mustahil Microsoft menawarkannya dalam masa beberapa bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd