Cari @ Amanz

Samsung Galaxy S8 adalah berbeza dari peranti keluarga Galaxy S sebelum ini kerana akhirnya tidak mempunyai butang navigasi fizikal. Buat pertama kalinya butang Home, Back dan Multitasking akan dipaparkan pada permukaan skrin peranti.

Rekaan butang yang bakal digunakan menjadi misteri sehinggalah hari ini. Gambarnya tertiris hari ini dan menunjukkan rekaan butang yang amat berbeza dari yang digunakan pada Android Stock. Butang Home yang biasanya berbentuk bulat ditukar kepada bentuk empat segi. Butang Multitasking yang berbentuk kotak pula diubah seperti huruf “S“. Hanya panah Back masih mengekalkan rekaan asal seperti pada stock.

Apa pendapat anda mengenai rekaan butang-butang navigasi ini? Cantik atau mengelirukan sekiranya anda sudah biasa menggunakan peranti Pixel, Nexus, HTC, Sony dan Huawei?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd