Cari @ Amanz

Projek Apple Car telahpun dihentikan oleh Apple. Sebaliknya mereka menumpukan tenaga untuk hanya menghasilkan perisian untuk kereta pemanduan automatik mereka dengan kerjasama pengeluar lain. Tetapi apakah yang akan terjadi sekiranya Apple meneruskan projek ini dan kereta ini mengambil rekaan produk klasik keluaran mereka?

Clickmechanic menghasilkan beberapa konsep “iCar” yang menggunakan rekaan Apple Macintosh, MacBook Air, G5, iPhone 7 dan iMac G3. Rekaan yang mungkin agak aneh untuk digunakan pada kenderaan beroda tetapi masih kelihatan berinovasi. Apa pula pendapat anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd