Microsoft Mengesahkan Dua Kemaskini Besar Windows 10 Akan Hadir Pada Tahun Ini

Microsoft Mengesahkan Dua Kemaskini Besar Windows 10 Akan Hadir Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

Microsoft pada tahun ini bakal menawarkan kemaskini Windows 10 Creators Update yang dijangka hadir pada April ini. Selain daripada kemaskini berkenaan, Microsoft dijangka akan memperkenalkan satu lagi kemaskini besar pada tahun ini, berkemungkinan pada penghujung tahun.

Perkara ini dikongsikan Microsoft pada acara Microsoft Ignite yang diadakan di Australia.

Windows 10

Sebelum ini sendiri, Microsoft telah diperkatakan bakal menawarkan dua kemaskini besar Windows 10 pada tahun ini, dan perkongsian baru ini hadir selari dengannya.

Seperti ramai sedia maklum, selain daripada informasi yang sedia dikongsikan mengenai Windows 10 Creators Update, beberapa desas-desus mengenai Project Neon dan Windows 10 Cloud turut telah kedengaran akhir-akhir ini. Mungkinkah kita akan melihat ia diperkenalkan kepada umum pada penghujung tahun ini?


TIPS & ULASAN