Cari @ Amanz

Groupon merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi dikalangan pengguna tempatan. Melaluinya, mereka menawarkan pelbagai diskaun dan kupon untuk pengguna mendapatkan beberapa perkhidmatan dan produk.

Terkini, lanjutan daripada pengambil-alihan Groupon Malaysia oleh KFIT pada bulan November 2016 lepas, kini pihak Groupon Malaysia telah dijenamakan semula kepada Fave.

Untuk makluman, Fave merupakan perkhidmatan O2O (online-to-offline) yang dimiliki oleh KFIT – menawarkan diskaun secara atas talian, dan membawa pengguna ke kedai fizikal. Operasinya lebih kurang sama seperti Groupon Malaysia, dan kini dengan pengambil-alihan dan penjenamaan semula, Fave mempunyai sekitar 3 juta pelanggan dibawah mereka.

Pengguna Groupon boleh menggunakan Fave seperti biasa dengan akaun sedia ada. Walaubagaimanapun, pelbagai baucar perlulah ditebus sebelum 31 Mac 2017 kelak.

  • Info
  • Layari : Fave
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd