Samsung Malaysia dijangka akan mula menawarkan Galaxy C9 Pro untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Melalui acara khusus yang diadakan dikalangan para pengedar peranti di Malaysia, ia dikongsikan yang mana Galaxy C9 Pro bakal ditawarkan pada harga RM2299 di Malaysia.
Samsung Galaxy C9 Pro merupakan telefon pintar bersaiz besar, dimana ia dilengkapi skrin 6.0-inci dengan paparan HD penuh. Peranti ini juga turut menyertakan cip lapan-teras 1.95Ghz, memori sehingga 6GB RAM, dan ruangan storan 64GB.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera hadapan dan belakang 16-megapixel, selain bateri berkapasiti 4000mAh. Peranti ini juga adalah peranti pertama Samsung dengan sokongan memori sehingga 6GB RAM untuk pasaran tempatan.
Buat masa ini, tarikh jualannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai pelancaran rasminya di Malaysia tidak lama lagi.