Apple Park – Nama Bagi Kampus Apple Mirip Piring Terbang

Apple Park – Nama Bagi Kampus Apple Mirip Piring Terbang

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

Apple hari ini secara rasminya mengumumkan kampus baru mereka seluas 175-ekar yang bakal dikenali dengan nama Apple Park. Ia bakal dibuka kepada pekerja Apple bermula daripada bulan April ini, selain turut dilengkapi kawasan terbuka yang boleh dihadiri oleh pengunjung awam.

Apple Park ini dikatakan telah dibayangkan oleh Steve Jobs sebagai pusat untuk kreativiti dan juga kolaborasi. Teater di Apple Park sendiri akan dinamakan bersempena pengasas popular berkenaan, iaitu Steve Jobs Theater.

Apple Park

Menurut Tim Cook, visi Steve Jobs mendahului masa beliau. Steve Jobs dikatakan ingin Apple Park ini menjadi pusat kepada inovasi bagi pelbagai generasi.

Dengan penekanan terhadap tenaga hijau, Apple Park akan dijana menggunakan tenaga solar, dan turut menggunakan rekaan yang mesra tenaga.

Menurut Apple, Apple Park ini akan mempunyai pusat untuk pengunjung awam yang dilengkapi dengan Apple Store dan juga kafe khusus.


TIPS & ULASAN