Cari @ Amanz
Harga AMD Ryzen 7
1800X RM2599
1700X RM1899
1700 RM1599

AMD semalam telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka untuk komputer desktop, iaitu Ryzen 7. Lanjutan daripadanya, kini pihak AMD Malaysia telah mengesahkan harga jualan AMD Ryzen 7 untuk pasaran tempatan.

Ketiga-tiga variasi yang diumumkan bakal hadir ke Malaysia, dan dijangka ditawarkan bermula 2 Mac 2017 ini.

AMD Ryzen 1800X akan dijual pada harga RM2599, 1700X pada harga RM1899 dan 1700 pada harga RM1599.

Ketiga-tiganya hadir dengan rekaan lapan-teras, menawarkan kuasa pemprosesan yang setanding atau melangkaui cip pemprosesan Intel. Seperti biasa, pengguna perlu mempunyai papan induk khusus untuknya – yang akan turut dijual oleh pengeluar komponen selari dengan jualan AMD Ryzen 7.

Dengan harga jualannya, adakah anda akan mendapatkannya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd