AMD Ryzen 7 Diperkenalkan – Hadir Dalam Pilihan 1800X, 1700X Dan 1700
AMD

AMD Ryzen 7 Diperkenalkan – Hadir Dalam Pilihan 1800X, 1700X Dan 1700

Diterbitkan pada Feb 22, 2017 oleh .

AMD hari ini secara rasminya telah memperkenalkan cip pemprosesan desktop mereka dibawah keluarga AMD Ryzen 7. Tiga versi diperkenalkan dibawah keluarga berkenaan, iaitu Ryzen 1800X, Ryzen 1700X dan juga Ryzen 1700.

AMD Ryzen 7 hadir dengan binaan berasaskan proses 14nm, dilengkapi 8-teras dan menyokong 16-threads. AMD turut menekankan yang mana Ryzen 7 merupakan cip pemprosesan 8-teras untuk desktop yang paling pantas di pasaran pada hari ini.

AMD Ryzen

AMD Ryzen 7 1800X hadir dengan kepantasan asas pada 3.6GHz, dan boleh di-boost sehingga 4GHz. Ryzen 7 1700X pula hadir dengan asas kepantasan 3.4GHz, dan boost sehingga 3.8GHz. Dan akhir sekali, Ryzen 7 1700 pula hadir dengan kelajuan asas 3GHz dan boost sehingga 3.7GHz.

AMD ketika pengenalan cip Ryzen 7 ini dilihat memfokuskan kepada sokongan permainan video 4K, serta cip mesra pencipta kandungan – terutamanya dalam arena multimedia. Seperti biasa, pelbagai perbandingan yang dilakukan memperlihatkan cip AMD terkini ini menewaskan cip keluaran Intel – salah satu sebabnya adalah kerana sokongan lebih teras dan thread.

Ketiga-tiga variasi CPU ini akan ditawarkan di pasaran bermula daripada 2 Mac kelak. Beberapa papan induk khusus dengan soket AM4 akan ditawarkan daripada pengeluar komponen pada tarikh pelancarannya.

Menurut desas-desus AMD Ryzen 7 1800X dijangka berharga RM2599, 1700X pada harga RM1899 dan 1700 pada harga RM1599.


TIPS & ULASAN