Instagram Kini Membolehkan Sehingga 10 Gambar Dan Video Ditambah Dalam Satu Perkongsian

Instagram Kini Membolehkan Sehingga 10 Gambar Dan Video Ditambah Dalam Satu Perkongsian

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Instagram hari ini telah menambah sebuah ciri baru pada perkhidmatan mereka, membolehkan para pengguna untuk berkongsi lebih daripada satu gambar dan video pada sesuatu perkongsian. Menurut Instagram, pengguna boleh menambah sehingga 10 gambar dan video pada sesuatu kali.

Selepas membuat perkongsian, gambar berkenaan akan dipaparkan dalam bentuk slaid yang boleh ditatal ke kiri dan kanan – lebih kurang seperti mana pengiklanan dipertontonkan pada Instagram.

Instagram Beta

Pengguna akan diperlihatkan dengan titik berwarna biru dibawah gambar yang dikongsikan sekiranya ia boleh ditatal ke kiri – seterusnya melihat koleksi penuh perkongsian.

Pengenalan fungsi ini semestinya dinantikan ramai. Ia secara tidak langsung akan berfungsi seumpama sebuah album gambar, dan tidak lagi memerlukan seseorang untuk berkongsi sejumlah gambar secara terus menerus pada Instagram – sebaliknya kini ia lebih tersusun dalam satu koleksi sama.

Kemaskini ini diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna iOS dan Android bermula hari ini.


TIPS & ULASAN