Cari @ Amanz

Dua versi Samsung Galaxy S akan dihasilkan setiap tahun sejak S6. Versi biasa dan versi dengan skrin dwi-lengkung. Tahun ini dengan Galaxy S8, Samsung melakukan perbezaan dengan menghasilkan dua versi dwi-lengkung tetapi dengan saiz skrin berbeza. Spesifikasi untuk Samsung Galaxy S8+ tertiris hari ini ikhsan @evleaks sekali lagi.

Peranti mempunyai skrin 6.2″ QHD+ SAMOLED. Dari segi kamera tidak banyak berbeza berbanding S7 tetapi kamera hadapan dipertingkatkan ke 8-Megapixel.  Storan ialah 64 Gigabyte seperti yang dilihat pada Note 7 dan mengekalkan kesemua fungsi kalis air, pengecasan pantas, Samsung Pay serta Samsung Knox. Menarik sekali fon telinga yang digunakan menerima sentuhan AKG. Apa pendapat anda mengenai peranti yang hanya akan dilancarkan April hadapan ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd