Xiaomi Mi Max 2 Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 660

Xiaomi Mi Max 2 Mungkin Menggunakan Pemproses Snapdragon 660

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Sekiranya anda meminati peranti pintar dengan skrin gergasi, Xiaomi Mi Max yang dilancarkan tahun lalu pastinya memenuhi keperluan anda. Dengan skrin 6.44″, ia membolehkan pengguna menonton video dengan saiz yang lebih besar. Ura-ura mengenai spesifikasi Xiaomi Mi Max 2 mula kedengaran dan ia mungkin peranti terawal menggunakan pemproses Snapdragon 660.

Saiz skrin 6.44″ dikekalkan tetapi RAM meningkat ke 6 Gigabyte dan storan pula 128 Gigabyte. Bateri sebesar 5000 mAh digunakan dan ini peningkatan berbanding 4850 mAh sebelum ini. Peranti ini dijangka dilancarkan secara rasmi Mei hadapan.


TIPS & ULASAN