Carian
Sony Melancarkan Kad SD Terpantas Dengan Kelajuan Menulis 299 MB/S
February 23, 2017 Effi Saharudin

Kelajuan kad SD pada kamera ialah sesuatu yang pernah suatu ketika tidak berapa dipedulikan pengguna. Tetapi sejak menghasilkan video sendiri kami mula menyedari betapa pentingnya memiliki kad SD yang pantas bagi memastikan rakaman video dapat dilakukan tanpa sebarang gangguan. Sony baru sahaja melancarkan kad SD terpantas di dunia dengan kelajuan menulis data pada kelajuan sehingga 299 Megabyte sesaat.

Kad SD siri SF-G dihasilkan untuk kegunaan jurugambar dan juruvideo profesional. Ia sesuai digunakan kamera yang menyokong sistem UFS-II dan turut mempunyai kemampuan membaca data pada kelajuan sehingga 300 Megabyte sesaat. Sony menawarkan tiga saiz storan iaitu 32, 64 dan 128 Gigabyte. Ia akan dijual pada musim bunga ini tetapi harga masih belum diumumkan.

Komen