Imej Pengolokan Huawei P10 Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti

Imej Pengolokan Huawei P10 Tertiris Menunjukkan Sepenuhnya Rekaan Peranti

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Pada 26 Februari ini Huawei P10 Dan P10 Plus akan dilancarkan secara rasmi di MWC. Rekaan peranti gantian untuk Huawei P9 ini telah beberapa kali tertiris tetapi tidak menunjukkan rekaan dari segala sudut. Hari ini imej pengolokan rasmi P10 akhirnya tertiris.

Ia menunjukkan talam SIM pada sisi kiri peranti. Butang kuasa dan suara pula terletak pada sisi kanan. Seperti pada P9 Plus, butang kuasa pada P10 mempunyai garis berwarna merah. Ia sekali lagi mengesahkan kewujudan pengimbas cap jari pada dagu peranti.

Ini berbeza dengan P10 Plus yang mempunyai skrin dwi-lengkung dan pengimbas cap jari pada panel belakang. Untuk pandang pertama kedua-dua peranti teruskan bersama Amanz sepanjang MWC 2017.


TIPS & ULASAN