Fitbit Membayar RM102 Juta Untuk Mendapatkan Pebble

Fitbit Membayar RM102 Juta Untuk Mendapatkan Pebble

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Fitbit sebelum ini telah mengambil-alih salah satu pengeluar jam tangan pintar popular, iaitu Pebble. Ketika itu, salah satu persoalan yang menjadi pertanyaan ramai adalah mengenai harga yang dibayar oleh Fitbit untuk mendapatkan Pebble.

Kini, ia diketahui melalui pemfailan kewangan pihak Fitbit. Daripada apa yang dinyatakan, Fitbit membayar $23 juta untuk mendapatkan Pebble, iaitu sekitar RM102 juta.

Fitbit sebelum ini telah mengambil-alih Pebble kerana kelebihan dan kepakaran mereka dalam perisian, dan ia dijangka digunakan pada pelbagai peranti baru Fitbit kelak. Disamping itu, pengambil-alihan ini juga membolehkan Fitbit mendapatkan tenaga kerja pakar daripada syarikat berkenaan.

Untuk tahun ini, Fitbit dikatakan bakal hadir dengan sebuah jam tangan pintar, selain turut dijangka memperkenalkan sebuah kedai aplikasi khusus untuk jam tangan pintar.

**(Tukaran mata wang : $1 = RM4.44)


TIPS & ULASAN