Samsung Exynos 9 Kini Rasmi – Menggunakan Proses Rekaan 10-nanometer

Samsung Exynos 9 Kini Rasmi – Menggunakan Proses Rekaan 10-nanometer

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Samsung hari ini secara rasminya telah memperkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka, iaitu Exynos 9 (8895). Ini menjadi cip pemprosesan pertama daripada Samsung yang menggunakan binaan dan rekaan 10-nanometer.

Samsung mengatakan cip Exynos 9 ini menawarkan prestasi lebih 27% tinggi berbanding generasi sebelumnya, dan menggunakan tenaga kurang 40% berbanding cip 14nm sebelumnya.

Samsung Exynos 9

Samsung Exynos 8895 ini hadir dengan binaan lapan-teras – mengabungkan empat teras untuk kuasa pemprosesan tinggi, dan empat teras untuk penggunaan tenaga yang efisyen. Ia juga hadir dengan sokongan LTE Cat.16, selain dikatakan sesuai untuk pelbagai pemprosesan termasuk untuk kecerdasan buatan, paparan 4K, serta pengalaman permainan yang baik melalui integrasi Mali-G71 GPU.

Samsung mengatakan melalui cip ini, selain sokongan realiti-maya, ia juga membolehkan rakaman gambar pada resolusi 4K 120fps. Ia turut menyertakan pemprosesan khusus untuk sekuriti tambahan – terutamanya untuk pembayaran.

Samsung telah memulakan pengeluaran cip Exynos 9 Series 8895 ini, dan ia dijangka digunakan pada telefon pintar Samsung Galaxy yang seterusnya.


TIPS & ULASAN