Cari @ Amanz

Sebuah lagi rekaan peranti yang akan dilancarkan di MWC tertiris. Imej pengolokan rasmi untuk LG G6 tertiris dan menunjukkan keseluruhan rekaan peranti. Menarik sekali mengenai G6 ialah rekaan dagu dan dahi yang kecil berbanding G5.

Butang suara masih lagi pada sisi kanan dan talam SIM pada sisi kiri. Butang kuasa terletak di bahagian belakang yang juga merangkap sebagai pengimbas cap jari. Seperkara lagi yang menarik mengenai G6 ialah bucu paparan skrin yang dibulatkan dan tidak tajam seperti peranti lain. Skrin sebesar 5.7″ ini juga lebih panjang berbanding biasa dengan nisbah 18:1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd