Permua Futurama: Worlds of Tomorrow Akan Dilancarkan
Artikel Berkaitan

Permua Futurama: Worlds of Tomorrow Akan Dilancarkan

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Bagi mereka yang gemar menonton siri animasi dengan jenaka dewasa yang agak kasar, Futuruma ialah siri yang wajib ditonton. Siri yang menerima sentuhan Matt Groening ini akan hadir dalam versi permua dalam masa terdekat.

Permua Futurama: Worlds of Tomorrow diumumkan hari ini dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat. Studio animasi yang menghasilkan siri animasi asal akan terlibat bagi memastikan kandungan yang menepati kehendak peminat. Apabila dilancarkan kelak ia boleh dimuat turun menerusi Google Play, Apple App Store dan Amazon Appstore. Bagi pengguna Android anda boleh melakukan pra-daftar minat menerusi pautan di bawah. Seperti kata Profesor Hubert J. Farnsworth. “Good news everyone!

Pra-daftar untuk permua Futurama: Worlds of Tomorrow di Google Play


TIPS & ULASAN