Fibo – Peranti Boleh-Pakai Membolehkan Bapa Merasai Tendangan Bayi Dalam Kandungan
Artikel Berkaitan

Fibo – Peranti Boleh-Pakai Membolehkan Bapa Merasai Tendangan Bayi Dalam Kandungan

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Apabila si isteri mengandung, si bapa hanya boleh melihat dan memberikan sokongan kepada isteri. Menghasilkan bayi memerlukan dua insan tetapi realitinya si ibu menanggung sebahagian besar “beban” membesarkan anak di dalam rahim. Fibo ialah peranti boleh pakai yang dihasilkan khas untuk golongan bapa.

Menerusi Fibo, si bapa boleh merasa setiap tendangan yang dilakukan oleh bayi yang selama ini hanya dirasai oleh si ibu. Fibo dihasilkan oleh First Bond Wearables yang berpangkalan di Finland. Si ibu akan memakai pelekat pada bahagian perut yang menghantar isyarat pergerakan kepada Fibo yang dipakai pada pergelangan tangan si bapa. Ia masih lagi sebuah produk prototaip tetapi mensasarkan jualan menjelang 2018.


TIPS & ULASAN