Cari @ Amanz

Sony bukanlah pengeluar peranti yang terbesar di dunia. Tetapi pernah suatu ketika dahulu telefon mudah alih keluaran mereka amat diminati ramai dan dianggap seteru kepada Nokia. Peranti mereka mungkin kurang mendapat sambutan tetapi modul kamera untuk peranti mudah alih mereka masih lagi yang terbaik di pasaran.

Tahun ini kamera yang digunakan pada peranti utama Sony Xperia akan dilengkapi teknologi Motion Eye. Sebuah slaid pembentangan dalaman Sony tertiris yang menunjukkan penggunaannya. Motion Eye mempunyai fungsi seakan Live Photo yang yang mengambil empat keping gambar sebelum dan selepas butang pengatup kamera ditekan.  Ini kemudian menghasilkan sebuah video pendek. Ini kali pertama ditemui pada sistem Zoe peranti HTC.

Slaid ini juga seperti mengesahkan penggunaan sensor baru yang dilancarkan oleh Sony yang mampu merakam video pada tetapan maksimum 960 FPS. Ini adalah kerana kamera baru ini dilengkapi 3 CMOS dan mempunyai DRAM terbina.

Tahun demi tahun kemampuan sensor kamera buatan Sony memang tidak boleh disangkal lagi. Tetapi apabila digunakan pada peranti Xperia hasilnya kurang memuaskan. Diharap dengan kamera Motion Eye ini mereka akhirnya dapat memperbaiki kelemahan ini dan akhirnya mampu menghasilkan peranti pintar dengan kemampuan kamera terhebat di pasaran.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd