Papan Kekunci Gboard Untuk iOS Kini Menyertakan Sokongan Bahasa Malaysia

Papan Kekunci Gboard Untuk iOS Kini Menyertakan Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

GboardGboard merupakan papan kekunci maya daripada Google yang ditawarkan untuk iOS. Melaluinya, pengguna boleh menaip dengan mudah, dan pada masa yang sama membuat carian terus ke Google tanpa perlu meninggalkan sesuatu aplikasi yang dibuka.

Kini, hari ini aplikasi berkenaan telah dikemaskini dan menyertakan beberapa fungsi baru. Salah satunya adalah dimana kini Gboard boleh berfungsi dalam bahasa Malaysia.

Disamping itu, Gboard turut menambah sokongan input suara untuk menaip, dan integrasi emoji baru yang terdapat pada iOS 10.

Bagi pengguna iPhone atau iPad, anda boleh memuat-turun aplikasi Gboard ini daripada AppStore, dan menggunakannya pada peranti anda hari ini.

Muat-Turun Gboard untuk iOS


TIPS & ULASAN