Acer Air Monitor Hadir Untuk Membantu Pengguna Memantau Kualiti Udara Dalam Rumah

Acer Air Monitor Hadir Untuk Membantu Pengguna Memantau Kualiti Udara Dalam Rumah

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Acer merupakan nama yang tidak asing lagi dalam pengeluaran peralatan komputer. Selain hanya peralatan komputer, mereka turut telah menyertai industri haiwan peliharaan sebelum ini, dan kini mereka turut memperkenalkan sebuah peranti khusus untuk memantau kualiti udara.

Dinamakan sebagai Acer Air Monitor, ia membolehkan pengguna memantau kualiti-udara dalam bentuk masa-nyata di dalam rumah atau pejabat.

Acer Air Monitor

Acer Air Monitor turut hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuk memantau data dan sebagainya. Acer mengatakan ia mampu memantau sehingga enam perkara utama dalam kualiti udara, termasuk memantau data berkaitan karbon dioksida, PM2.5, PM10, suhu, kelembapan dan sebagainya. Peranti ini turut boleh diintegrasikan bersama beberapa peranti lain – sebagai contoh untuk mengaktifkan pembersih udara apabila mencapai suatu tahap dan sebagainya.

Acer Air Monitor ini akan dijual dibeberapa negara terpilih bermula suku kedua 2017 ini.


TIPS & ULASAN