Wix Membeli Laman Komuniti Seni Grafik, DeviantArt

Wix Membeli Laman Komuniti Seni Grafik, DeviantArt

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

Wix merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan membina web dengan mudah. Terkini, hari ini mereka membuat kejutan dengan mengambil-alih DeviantArt – salah satu komuniti yang terkenal dikalangan artis, perekabentuk, dan pencinta seni grafik.

Harga pengambil-alihan ini dikatakan mencapai $36 juta. Walaupun telah diambil-alih, DeviantArt dilihat akan beroperasi seperti biasa secara berasingan, tetapi akan mula mengintegrasikan pelbagai ciri daripada Wix.

Sebagai permulaan, komuniti DeviantArt dilihat akan ditawarkan akses untuk fungsi rekabentuk web daripada Wix dalam memudahkan mereka membuat portfolio web dengan mudah. Selain itu, Wix akan membuka integrasi grafik daripada DeviantArt ke Wix, membolehkan pengguna menggunakan seni grafik berkenaan pada pembangunan web masing-masing.

Selain daripada itu, Wix dikatakan akan terus membuat pelaburan dalam memperkembangkan perisian desktop dan aplikasi mudah-alih DeviantArt.


TIPS & ULASAN