iFlix Bakal Memperkenalkan Penstriman Video Dalam Bentuk HD

iFlix Bakal Memperkenalkan Penstriman Video Dalam Bentuk HD

Diterbitkan pada Feb 23, 2017 oleh .

iFlix telah menguji sokongan penstriman HD sebelum ini, tetapi ia terhad kepada beberapa rancangan sahaja. Kini, selepas lebih setahun, akhirnya pihak iFlix menjadualkan acara media khusus, dilihat ingin mengumumkan sokongan kandungan HD secara rasminya kepada umum.

iFlix HD

Pengenalan kandungan iFlix dalam bentuk HD ini semestinya diminati ramai pengguna, apatah lagi kini dengan sokongan internet pantas yang memudahkan lagi pengguna menikmati kandungan HD tanpa masalah lengah masa. Malah, ramai yang meminta kandungan HD daripada iFlix – dan sering membandingkan ia dengan Netflix yang sedia menawarkannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada kandungan HD ini akan terhad kepada beberapa siri atau filem sahaja – atau akan diperkenalkan untuk semua koleksi kandungan dalam iFlix. Seperti biasa, kita akan mendapat jawapannya daripada pihak iFlix secara rasminya pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN