Razer Memperkenalkan Power Bank Untuk Komputer Riba

Razer Memperkenalkan Power Bank Untuk Komputer Riba

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

Razer merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dikalangan peminat komputer riba yang memfokuskan kepada permainan dan multimedia. Mereka juga turut menawarkan sejumlah aksesori untuk menawarkan pengalaman komputer yang baik. Terkini, hari ini mereka hadir dengan sebuah produk baru, dinamakan sebagai Razer Power Bank.

Razer Power Bank

Razer Power Bank dioptimasikan untuk komputer riba keluaran mereka, iaitu Razer Blade Stealth. Melaluinya, kini pengguna boleh menggunakan komputer riba berkenaan untuk tempoh yang lebih lama melangkaui 15 jam.

Selain daripada komputer riba berkenaan, Razer mengatakan Razer Power Bank boleh digunakan untuk mengecas komputer riba berasaskan USB-C lain, selain turut menawarkan port USB-A.

Razer Power Bank menawarkan bateri berkapasiti 12,800mAh. Ia ditawarkan pada harga $149.99 (~RM667) dan akan dijual bermula Mac 2017 kelak.

Razer Power Bank


TIPS & ULASAN