Asus Zenfone Live Diperkenalkan – Telefon Pintar Memfokuskan Penstriman Video Langsung

Asus Zenfone Live Diperkenalkan – Telefon Pintar Memfokuskan Penstriman Video Langsung

Diterbitkan pada Feb 24, 2017 oleh .

Pada masa kini, pelbagai perkhidmatan yang memfokuskan kepada penstriman video langsung, seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube dan lain-lain. Khusus untuk tujuan ini, kini Asus hadir dengan sebuah telefon pintar khusus untuknya, dinamakan sebagai Asus Zenfone Live.

Asus Zenfone Live

Asus mengatakan ia menawarkan kamera yang baik untuk penstriman menggunakan kamera hadapan, dilengkapi lampu LED dihadapan. Disamping itu, ia turut dilengkapi dua mikrofon MEMS yang membolehkan suara ketika penstriman video langsung lebih baik dan bunyi latar dihilangkan.

Asus juga menyertakan sokongan BeautyLive, membolehkan wajah anda hadir cantik ketika membuat penstriman langsung. Untuk tujuan ini, pengguna boleh mengaksesnya melalui aplikasi khusus dan ia menyokong platform Facebook atau YouTube sahaja buat masa ini.

Asus Zenfone Live

Dari segi spesifikasi, ia menggunakan skrin 5-inci pada resoluisi 720p, dijana menggunakan cip Snapdragon, memori 2GB RAM, ruangan storan sehingga 32GB, bateri berkapasiti 2650mAh, kamera hadapan 5-megapixel, kamera belakang 13-megapixel dan menggunakan Android 6.0 Marshmallow.

Dengan spesifikasinya, kita mungkin akan melihat harga tawaran peranti ini sedikit murah berbanding peranti Zenfone lain di pasaran.


TIPS & ULASAN